Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan
menabung menjadi budaya masyarakat kita?
Hidup
ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam
kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi,
momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi
muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak
masih kecil lagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa.
Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan
ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa
perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam
tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah
peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi
budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan
menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana suasana
keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk
keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai
kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu
bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan
anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang
ke duniayang
berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini,
ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh
mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang
perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan
tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak
tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum
kudis menjadi tokak”.
Selain itu,
ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku
prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu
bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang
berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika
mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut
segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung,
mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti
ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan
mempedulikan ibu bapa lagi
dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan
anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak
bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini
lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit
dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit.
Seterusnya, ibu
bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.
Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir.
Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras
paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa
perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian
perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup
berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat
"pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun
hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang
pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini
sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut
bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.
“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus
diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan
wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan
cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan
tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak
merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah
berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.
Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta
mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka
kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut,
ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik.
Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu,
mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar
pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu
bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan
menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam
memastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah Cina
mengatakan “Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu pula
menunjukkan “ada padii semua jadi, ada beras semua deras”. Gambaran ini
menunjukkan bahawa betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang
mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan
menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda
barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa
depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air
bersih, ikannya jernih”.
Pada
hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap
menabung. Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa
perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan
sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang
akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah
terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan
mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan
contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga.
Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk
menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak
pandai menguruskan wang? Hal ini jelas
menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu
bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan,
begitulah kuihnya.
“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan
api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”,
Kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia
seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka
berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak
mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata
pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus
mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak bermoral.
Anak-anak mudah terjerumus dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu
menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang
untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan
diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak
berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Selamat sejahtera cikgu.Nama saya Sathya.Saya seorang pelajar pt3.Bolehkah cikgu menyemak dan menanda karangan yang saya tulis?
ReplyDeleteya, boleh. tapi sy masih lagi pelajar.
DeleteKarangan kamu digunakan
DeleteCikgu saya bagitahu karangan ini macam tak betul
Boleh kamu perbetulkan dimana kesalahan karangan ini ?
DeleteMantap
DeleteAduuh kalau satu isi dalam satu perenggan tahan la jugak ni ape la...
ReplyDeleteAssalamualaikum cg.Nak Tanya asal kebanyakan isi berulang? Banyak isi yang lain tetapi cikgu tetap ulangi isi tentang amalan menabung
ReplyDeleteWaalaikumussalam, minta maaf yer. ada error sikit. skrang dah ok. terima kasih yer sbb bgtahu. :)
Deleteterima kasih
ReplyDeletesama2. harap ianya membantu awk
Delete