Karangan Bahan Rangsangan : Langkah-Langkah untuk Menangani Budaya Merokok
Amalan merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan (A1). Sejak
belakangan ini budaya merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin serius
(A2). Budaya negatif ini membimbangkan ibu bapa dan masyarakat kerana amalan
ini akan menjejaskan kesihatan diri pelajar berkenaan dan membawa pelbagai
kesan sosial sampingan (A3). Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu
diambil dengan segera untuk menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar
sekolah agar tidak menjadi barah masyarakat (A4).
Langkah yang paling berkesan untuk
menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar ialah kesedaran diri pelajar
terbabit (A1). Pelajar terbabit perlu disedarkan bahawa amalan merokok akan
memudaratkan kesihatan diri mereka (A2). Pelajar yang terdedah kepada
pengetahuan akan bahaya rokok akan mengelakkan diri daripada merokok (A3). Pelajar perlu sedar bahawa amalan merokok
boleh mendedahkan diri mereka kepada penyakit barah paru-paru, pankreas, kanser
mulut dan gusi dan lain-lain kesan sampingan terhadap kesihatan (A4). Jelaslah bahawa kesedaran diri untuk “tak
nak” merokok amat berkesan untuk menangani budaya sia-sia yang mengundang
malapetaka kepada diri sendiri ini (A5).
Pihak sekolah juga
boleh memainkan peranan untuk mengelakkan pelajar daripada mengamalkan budaya
merokok (A1). Sekolah sering mengadakan
kempen kesedaran bahaya merokok dan ceramah serta pameran tentang bahaya rokok
kepada pelajar (A2). Pihak sekolah juga
sentiasa mengenakan hukuman berat dan tindakan yang tegas sekiranya terdapat pelajar
yang merokok (A3). Sebagai contoh,
pelajar yang ditangkap kerana merokok akan didenda atau diberikan rawatan
lanjutan untuk menghentikan amalan berisiko tinggi kepada kesihatan ini (A4).
Kesimpulannya, pihak sekolah bertanggungjawab
memberikan pendedahan dan pendidikan kepada pelajar akan keburukan amalan
merokok dan membendung pelajar daripada merokok (A5).
Konklusinya, kesedaran diri akan bahaya merokok,
peranan ibu bapa dan peranan pihak sekolah amat berkesan dalam usaha membendung
budaya merokok dalam kalangan pelajar (A1). Semua pihak mestilah berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani isu merokok dalam kalangan pelajar
kerana pelajar hari ini aset negara yang sangat berharga untuk memajukan negara
pada masa depan (A2). Semoga hasrat
negara untuk melahirkan remaja yang cergas dan berfikiran positif akan dapat
direalisasikan sepenuhnya menjelang tahun 2020 (A3). Jalanilah
hidup sihat tanpa rokok dan katakan “tak nak” merokok (A4).
k
ReplyDeletek
ReplyDeleteK
ReplyDeleteK .. hehe
ReplyDeleteK
ReplyDeletek
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi maklumat yang AMAT BERGUNA ini... Amat membantu saya membuat kerja sekolah
ReplyDeleteSama2. alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan
DeleteSambil menyelam minum air guys. jangan salin sahaja
ReplyDeleteTakpe.. Don't worry.. Bukan setakat menyelam sambil minum air.. Pasir pun saya dah telan... Hahahahhahahaah
Deleteamboi. hahaha.. hebat sngt ni. papun, gud luck ^^
Delete감사합니다.
ReplyDeleteThanks.. Kerja sekolah saye dah siap..
ReplyDelete:D bgus la
DeleteTq its very useful for me
ReplyDelete잘했어요 고맙습니다 선생님
ReplyDeleteYou are welcome :D
DeleteYou're welcome :D
ReplyDeletethanks bossku amat berguna di last ii minit
ReplyDeletesama2 bosskur. :D semoga membantu
Deletethanks boss boleh copy untuk kerja rumah hehe...
ReplyDeletealamak. haha. janji siap. tkpa2. atleast ada usaha. hahaha
Deleteok
ReplyDeleteokkkkkk
Deletek
ReplyDeleteDah tahun 2020,bkn kta masalah merokok,penyakit covid pulak sekarang😔😔
ReplyDeleteberdoa semoga keadaan menjadi semakin pulih.. aminn....
Deletesaya rasa abang memang baik
ReplyDelete