Manfaat Amalan Membaca
Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca? Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya membaca.
Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian kerana melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain. Pembaca juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang berlainan. Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.
Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar. Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang menguasai kosa kata. Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, begitulah keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan khazanah bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin dikuasainya.
Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus cemerlang dalam akademik. Tabiat membaca boleh membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai kepada pelajar yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar.
Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu emas, oleh itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku ketika di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa rakyat yang banyak membaca berupaya menjamin kemajuan negara.
Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian kerana kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan sesebuah negara. Sekiranya negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan pelbagai buku dari seantero dunia. Tuntasnya, melalui tabiat membaca, kita dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa tabiat membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat negara ini. Tegasnya, tabiat membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi negara maju dalam Wawasan 2020. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkat budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas zaman.
Rekayasa: Harum Awang- GC & Munsyi Dewan DBP
TERBAIK, THUMBS UP SIKET
ReplyDeletesaya bijak
Delete☺☺ bijak
Deletesemua bijak :D tapi tak pandai cari kebijaksanaan tu, hahaha
DeleteI like the karangan
Deletehazman saya cadangkan amda tukar nama kepada hazman007 kerana lebih bergAYA
ReplyDeleteNobody cares
Deletelawak ke ?
DeleteAku nak cari lawak kau,tadi ada sini
Deletehahahaha baru perasan komen ni.
DeleteExcellent essay I like it very much ....
ReplyDeleteBiar lah die nak buat berapa2 pun.
DeleteYes
DeleteTerima kasih atas cadangan anda :) tapi saya suka nombor 45.
ReplyDeleteSUPER....
ReplyDeletethanks! ini karangan dibuat oleh cikgu bm cemerlang
DeleteTerima kasih
DeleteSUPER....
ReplyDeleteNice essay ��
ReplyDeletekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
DeleteNice essay. Macam mana lah awak boleh tulis essay camni
ReplyDeleteini essay bukan yang saya buat, tapi perkongsian cikgu saya, http://www.hazman45.blogspot.my/2016/11/karangan-cemerlang-punca-punca.html ini baru saya buat dan sudah disemak
DeleteSuper bijak
Deletebesha2 ja punnn
DeleteTerima kasih banyak banyak bang. Banyak manfaat yang saya dapat
ReplyDeletesama2 :D kongsi2 kan dengan kawan2
DeleteSangat membantu
ReplyDeleteyaaa, tepat sekali, karangan ini bnyk membantu saya waktu dulu2.
Deleteterima kasih...
ReplyDeletesama2 :)
DeleteKarangan yang baik,bahasa pun bagus tahniah.Banyak idea yang saya dapat daripada karangan ini.
ReplyDeleteyes, betul.. karangan cemerlang .
DeleteTerima kasih banyak-banyak
ReplyDeletesama2. harap ianya membantu :)
Deleteokkkkkkk
ReplyDeleteokkkkkkk
ReplyDeleteBaik bang !!!
ReplyDeletehopefully with the help of my crew got a brilliant result in SPM 2016
ReplyDeleteIn sha Allah :)
Deletegellanya jooo
ReplyDeleteApa tips yg abg guna utk buat karangan
ReplyDeleteada. nie. http://hazman45.blogspot.my/2015/10/tips-ambacokup.html
Deletekalau tk faham jugak, boleh pm sy .
TerimaKasih Bang <sangat bermanfaat :^)
Deletemohon benarkan u copy ye
ReplyDeleteboleh2. dipersilakan
Deletekarangan nie bpe patah perkataan
ReplyDeletekarangan nie bpe patah perkataan
ReplyDeleteitu sy tk pasti , yg sy pasti lebih 350 patah perkataan . :)
DeleteWow! What a nice essay! I hope that you will write more useful essay ������
ReplyDeletethis essays I wanted to share with u all, not my writing btw. sure In sha Allah :)
DeleteTrimas banyak2
ReplyDeletesama2 :D
Deletemesti orang yg tulis ni pelajar terbaik kan?
ReplyDeleteni bukan pelajar yg tulis. haha
Deletenice lah,,, mrsm jb berterima kasih...kpd abg ye thanks
ReplyDeleteamende lah ^^
Deleteeh, haha... mrsm jb ? sama2.. kongsi2 dengan kawan ya, biar semua org berjaya :D
DeleteKami pun dari mrsm kk ingin berterima kasih gak
Deletekarangan yang sangat baik..ia sangat membantu saya.terima kasih
ReplyDeletesama2 :D karangan ini bntu saya skali :D
Deletesama2 :D
ReplyDeletegamer main game pa
ReplyDeletemain game league of legends ngan lineage2 revolution
Deletecantik karangan ni..isi semua jelas dan banyak peribahasa :) thanks for sharing
ReplyDeletewelcome. sy kongsi drpd guru sye. :)
DeleteMantap..tq..sgt bgs utk rjkn sy pt3 lisan bm next week!..
ReplyDeletegood luck! all the best!
DeleteHa bagus boleh aq tiru buat homework aku kikiki
ReplyDeletejanji baca sedikit mcm mana jalan cerita karangan ini boleh berlaku.
Deletewah.. bukan taraf upsr karangan ni.. tapi kalau nak cuba. boleh jer. good luck!
ReplyDeleteKarangan yg sgt cemerlang dan ayat yg gramatis
ReplyDeleteIsi Dan huraian yg baik
ReplyDeleteIsi Dan huraian yg baik
ReplyDeleteNgam ter
ReplyDeletecantik bahasa..tenang jer bila baca..senang nk faham pulak tu..terharu pulak..hahaha
ReplyDeleteTerima kasih..izinkan saya turut menggunakan ayat ayat dari karangan diatas
ReplyDeletesama2. boleh2.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you for the awesome essay.
ReplyDeleteyou're welcome.
DeleteWow.kalau saya tak baca ni tadi,memang saya akan lupa apa itu MBMMBI buatselama2nya.thanks bang.karangan ni layak masuk ke dalam buku rujukan.THUMBS UP
ReplyDeleteAlhamdulillah baguslah kalau mcm tu. :)
DeleteTerbaiklah karangan ni bnyak selitkan peribahasa.terima kasih kerana berkongsi banyak idea yang saya dapat.
ReplyDeleteAlhamdulillah. all the best!
Deletethank you for the nice essay
ReplyDeleteYou're welcome. :)
Deletenice karangan
ReplyDeletethank you . kongsi2 yer
DeleteKarangan yg membantu👍👍
ReplyDeleteterima kasih. semoga membantu anda :D
Deleteminta izin ambil ye
ReplyDeleteboleh.. inshaAllah dapat membantu
DeleteTerima kasih .mohon copy karangan ini untuk rujukan saya untuk persediaan spm 2019.^-^
ReplyDeletesaya kagumi usaha abg azman n harap dapat jadi penulis yang hebat macam abg gak....teruskan usaha
ReplyDeleteHahaha good essay, so i can 100% copy it in my buku karangan😂😂
ReplyDeleteboleh2 semoga membantu
Delete