Pada alaf ini sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.
Faktor utama pelancong berkunjung ke
Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik.
Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh
para pelancong antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir
putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan
sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk
mandi-manda sambil menikmati keindahan alam. Jelaslah bahawa keindahan negara
ini mampu menggamit kehadiran pelancong ke negara bertuah ini.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik
untuk di kunjungi oleh pelancong. Para pelancong dapat menikmati
bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang sentiasa
terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu
bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa
bertambah.
Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.
Faktor lain yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.
Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia
semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat
jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun
bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.
Rekayasa: Harum Awang- GC & Munsyi Dewan DBP
hi
ReplyDeletehi
Deleteok
Deletekarangan yang bagus bro .terima kasih
ReplyDeleteSama2 .semoga bermanfaat :D
Deleteanda telah membantu saya
ReplyDeletesekadar perkongsian yer :D sama2
Deleteyes! jumpa. tqqq
DeleteIt's very useful. Tq
DeleteDoesn't help
ReplyDeleteDon't dis encourage people
DeleteIt's muruku,not maruku
ReplyDeleteThank you for your correctness
DeleteNice and useful essay
ReplyDeleteIt's helpful
Thank you :D
Deleteamat membantu
ReplyDeleteTerima kasih semoga bermanfaat. :D
Deleteassalamualaikum wbt tuan dn selamat malam...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini 😊
Waalaikumussalam dan semalam petang. Sama2. semoga dapat membantu saudara/saudari :D
DeleteIt was really helpful.. tnx for the informations..
ReplyDeleteTerima kasih semoga membantu
Deletethanks siap jugak hw bm
ReplyDeletemashaAllah, alhamdulillah .
Deletethank you
ReplyDeleteSama-sama. Semoga bermanfaat :D
DeleteTerbaik
ReplyDeleteTerima kasih sangat membantu🤍
ReplyDeleteberapa patah perkataan erk ?
ReplyDelete