PELANCONGAN
Tahun 2014 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan.
Usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan antaranya ialah menambah kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.
Selain
itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan
chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak
pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi
dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contohnya,
usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan
murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah
pelancong menginap di hotel tersebut. Justeru, sekiranya usaha seperti ini
dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang akan kembali semula
ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baharu.
Pada
masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk
menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang
destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh di
laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sebagai
contohnya, Kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi
menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha
mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi
maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di
negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh
maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti
pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua
maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan
pelancong.
Salah
satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing
ialah aspek kebersihan dan prasarana. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa
bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan
perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya
dengan prasarana bagi membolehkan
pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti
bank, insuran serta pusat beli belah perlu dibina di kawasan pelancongan.
Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.
Selain
usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara
ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat
Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui
sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap
“duta pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan
ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut
keuntungan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut
bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus
mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan
lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis
pada sepanjang hidup mereka.
Rekayasa: Harum Awang- GC & Munsyi Dewan DBP
MINTA COPY YE :)
ReplyDeleteboleh2. semoga bermanfaat. :D
Deletepaste
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas pertolongan anda.
ReplyDeleteTq sangat bermanfaat
ReplyDeleteCopy
ReplyDelete