Thursday, March 26, 2020

Tambahan 14 Hari Covid-19

Suasana and terima kasih kepada siapa yang menyumbang pertolongan dari segi makanan. Hari ini diumumkan lagi, tambahan sebanyak 14 hari lagi untuk berada di rumah dan tambahan pula dengan work from home.









Saturday, March 21, 2020

Covid-19

Assalamualaikum semua, apa khabar semua? Moga-moga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat. InshaAllah. Setelah beberapa bulan saya tidak mengemas kini blog saya, tapi hari ini saya diberi kelapangan untuk mengemas kini. Saya ada beberapa perkara nak dikongsi bersama pembaca setia blog saya. Tahun ini kita digemparkan dengan virus yang melular iaitu Covid19. Semoga anda semua berada dalam keadaan bersih.

Mengenai aplikasi Karangan Cemerlang SPM, hari ini sudah mencecah lebih 14,000 ++ orang yang sudah download di Google Play Store. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya tidak kira dari segi aspek memberi komen positif, serta dorongan untuk mengekalkan aplikasi ini. Walaupun terdapat beberapa orang atau mungkin boleh dikatakan golongan yang tidak berpuas hati dengan aplikasi ini dengan sebab tersendiri termasuklah sebabnya karangan yang orang itu mahukan, tetapi tidak ada dalam aplikasi ini. Tidak semua orang suka apa yang kita buat. Saya berasa kecil hati walaupun mereka umur 17 -16 tahun, tetapi bahasa kurang ajar. Mungkin mereka kurang didikan yang secukupnya. InshaAllah saya cuba sedaya upaya untuk mencari karangan baharu yang karangan dikatakan dalam kategori karangan cemerlang. Tetapi masa mencemburui saya. Tidak lupa juga, ada juga pelajar yang mahir atau boleh dikatakan tahu untuk menggunakan aplikasi ini terutamanya bahagian Forum. Forum ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan semua pelajar terutamanya dalam Malaysia untuk berkongsi ilmu, info, dan sebagainya bagi persediaan SPM yang akan datang.

Seterusnya mengenai aplikasi baru sahaja dikeluarkan di Google Play Store bertarikh 13/3/2020 iaitu DealDebt. Aplikasi ini mengenai hutang, kita boleh mencatat hutang yang kita buat samada kita hutang dia atau dia hutang kita. Aplikasi ini mengambil masa selama 2 bulan lebih dengan average setiap hari spent lebih kurang 2-3 jam dengan seorang developer sahaja. Anda boleh download aplikasi ini di PlayStore atau disini https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.dealdebt&hl=en

Sama-sama lah support apps kami. :D

Akhir kata, semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.