Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan
ini?
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang
cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan
atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang
mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial,
rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara
umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya
secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang
ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka
juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha
patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima
kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani
kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar
bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah
mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya (OKU)
haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang
sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak
berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat
duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa
berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti
kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat
membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga
berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media
massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap
lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali
memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui
rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak
langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana
dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat
menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan
terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan
kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan
memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam
pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti
latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat
kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan
dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih
dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja
sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam
bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang
lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan
memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan
minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas.
Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat,
MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban
OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di
dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk
memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan
ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu,
pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang
berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh
itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan
ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada
orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas
perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang
mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan
itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para
pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga
mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh
itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah
nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu
yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU
untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini
kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan
syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai
operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja
sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha
murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus daripada
pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang
kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan
keluarga mereka. Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
'Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti...'
ReplyDeleteErm nak tanya~ 'dari melakukan' atau 'daripada melakukan'?
Anyway (○'ω'○) terima kasih banyak banyak~
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih kerana menegur. Betul. "Daripada melakukan" :)
ReplyDelete:D
Deletekarangan yg sgt membantu... terima kasih :)
ReplyDeletesama2 :) sy sekadar berkongsi jer.
Deleteada tak karangan yang berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan oku tuh sendiri utk hidup yg lebih sejahtera?
ReplyDeleteterima kasih kerana reply. buat masa skrang masih belum ada lagi.
Deletethankss , u help a lot :)
ReplyDeleteyou are welcome :D kongsi2kan yer
DeleteKarangan yang seronok baca !!! thank you :)
ReplyDeleteyou are welcome. :D rajin2kan lah datang ke sini yer
DeleteHai. Bolehkh awk but cnth krngan ulasan iklan Dan faedah bersukan?
ReplyDeleteSays hargai bantuan awk
Hello, boleh sy tahu tajuk fullnya? btw, sy boleh bagi points2 jer since sy dah lama tk berkarang.
DeleteTntng iklan rumah yg dijual. Yg mcm rumah tau bru je siap Dan faedah bersukan. Sy ni kung pengetahuan tntng kiss kata😂😂
DeleteSori eh typo . phone sy ni auto correct English😂
DeleteTntng iklan rumah yg dijual. Yg mcm rumah tau bru je siap Dan faedah bersukan. Sy ni kung pengetahuan tntng kiss kata😂😂
Deletemacam mana tu? bagi tajuk full. takdapat tangkap.
DeleteHai. Bolehkh awk but cnth krngan ulasan iklan Dan faedah bersukan?
ReplyDeleteSays hargai bantuan awk
sorry baru perasan pasal comment ini. kalau nk buat tu, dah kurang lah skillnya, tapi nak points boleh kot. InshaAllah.
DeleteKalau anak saya oku Brain injury kepala dia, spm dia macam mana nak tulis . macam mana nak buat ?
DeleteVery useful essay and the other side is very good....thank you for your help
ReplyDeletethank you for positive feedback, you should try for the android version. you are welcome :D
DeleteTerbaik la.. Pertolongan last minute 😂thanks a lot! ! !
ReplyDeleteyou are welcome :D alhamdulillah kan
Deletekarangan sangat membantu
ReplyDeleteterima kasih :D harap membantu
DeleteMohon izin kongsi dengan murid - murid .terima kasih
ReplyDeleteboleh2. :)
Deleteterima kasih info yang amat membantu
ReplyDeleteSama2.
Deleteassalamualaikum..mohon izin kongsikan nota ini dengan murid - murid ...terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam. boleh2.
Delete