Pada pendapat
anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pelbagai pihak
supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan?
Jiran
ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan
dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau di
sebuah egara yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang
yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu
ada mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”. Jadi, kita
perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar
diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?
Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan
menjalankan kempen-kempen kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama
ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.Tujuan kempen ini adalah untuk
menanam semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep 1Malaysia
yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Usahasama sebeginilah
yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi
mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Kempen kejiranan yang dijalankan ini
perlulah berterusan dan janganlah seperti “hangat-hangat tahi ayam”
sahaja. Jelasnya, kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan.
Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah
mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang ,mereka akan dapat berkenal-kenalan
antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal
hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui
pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan
sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan negara
jiran. Malahan, menurut laporan majalah ‘The Times’ di Australia. kegiatan
gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara aktiviti yang terbaik
di dunia.
Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting dalam
meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah
boleh digunakan dalam menyuburkan semangat kejiranan.Media cetak misalnya boleh
menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat kejiranan .Media
elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan menarik tentang
kejiranan. Melalui media massa, pelbagai maklumat dan berita boleh disampaikan
dengan cepat dan mudah .Sesungguhnya,berita dan isu semasa yang disiarkan oleh
media massa lebih mudah menarik perhatian orang ramai terutamanya generasi
muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan ‘Colour of Malaysia’ wajar
disokong. Justeru,semangat “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”
ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.
Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka
semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim
dan memperkukuh semangat kejiranan dalan kalangan jiran setempat. Melalui acara
rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman
dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah
yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, sambutan majlis rumah terbuka
sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan
sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka
mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih
erat lagi.
Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga hendaklah
mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti Hari Keluarga diadakan,s emua
ahli keluarga jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti berkayak,
memasukkan air ke dalam botol ,terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti
Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan
bapa, malah anak-anak juga.Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang
bola sepak, gelanggang bola egara, taman rekreasi atau padang sekolah yang
berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat egara jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu
antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu,”ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.
Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri
dalam aktiviti egara seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat
mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu egara organisasi yang
teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk
sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam
masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh,
melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir
mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak
diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu “ibarat
aur dengan tebing” yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling
membantu dalam kehidupan.
Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi
dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat
kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita.
Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami
oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita
mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkanke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
“berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”, namun sebagai jiran,
kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa
juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi,
kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran
kita itu.
Rekayasa: Harum Awang- GC & Munsyi Dewan DBP
No comments:
Post a Comment
Komen benda elok2 je. ^^