Bincangkan
usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu
tercapai.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Pernyataan ini
jelas menunjukkan bahawa hasrat semua ibu bapa di dunia ini adalah sama.
Sesungguhnya, ibu bapa merupakan insan mulia yang melahirkan kita dan
membesarkan kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.
Mereka merupakan orang yang paling banyak berkorban demi kesejahteraan
hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa,”Tiada anugerah yang lebih
berharga yang diberikan oleh ibu dan ayah kepada anaknya kecuali tunjuk ajar
dan budi pekerti yang mulia”. Ungkapan ini jelas memaparkan betapa besar
pengorbanan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna. Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita perlu sentiasa ingat
akan pengorbanan ibu bapa kita dan sentiasa bersedia untuk membalas budi mereka
agar kita tidak dianggap sebagai anak yang derhaka atau kacang lupakan kulit. Satu perkara yang amat wajar kita lakukan
dalam kehidupan kita ialah memenuhi harapan ibu bapa terhadap kita agar berjaya
dalam hidup. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang wajar saya lakukan untuk
memastikan harapan ibu bapa tercapai?
Usaha pertama yang perlu saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa
tercapai ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian
semasa guru sedang mengajar di kelas. Sekiranya terdapat topik yang tidak
difahami, saya akan bertanya kepada guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik pada zaman ini menentukan keadaan
masa hadapan seseorang kerana mereka yang cemerlang dalam akademik biasanya
mempunyai masa hadapan yang cerah. Kejayaan yang saya capai ini, sudah pasti
dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Pada era globalisasi ini
yang penuh dengan persaingan ini, amat penting bagi seseorang
mencapai kecemerlangan akademik untuk bersaing dengan orang lain terutamanya
dalam alam pekerjaan. Masyarakat kini menilai seseorang berdasarkan pencapaian
akademiknya. . Saya akan sentiasa berusaha untuk membolehkan diri saya
meraih kejayaan dan kegembiraan setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.
Oleh itu, saya akan membuat persediaan yang rapi sebelum menduduki peperiksaan
agar saya dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang kerana di mana ada
kemahuan di situ pasti ada jalan.. Pada masa yang sama,saya juga akan
memberi perhatian pada perkara yang berkaitan dengan ilmu selain bidang
akademik. Hal ini kerana saya sedar bahawa kecemerlangan akademik bukanlah segala-galanya.Seorang
insan yang berjaya perlu mahir dalam pelbagai bidang.Tegasnya,saya akan belajar
dengan tekun dan berusaha dengan gigih bagi menunaikan harapan ibu bapa.
Selain itu, saya juga akan
sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Saya
akan mengamalkan nilai ketabahan, kerajinan, amanah, tidak berputus asa dan
beryakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana
saya sedar bahawa orang yang berjaya dalam kehidupan bukan sahaja perlu cemerlang
dalam bidang akademik, malahan perlu menjadi seorang yang cemerlang dari
segi akhlak, rohani, intelek dan emosi iaitu mempraktikkan konsep JERI yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contohnya, saya akan
sentiasa bersopan santun dan menghormati ibu bapa, guru-guru, jiran
tetangga dan orang di sekeliling saya. Amanat ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan saya dengan orang lain malah dapat membina personaliti
yang luhur dalam diri saya. Saya juga akan sentiasa menghormati orang yang
lebih tua dan bertegur sapa seperti mengucapkan selamat kepada mereka. Sahsiah
yang saya miliki ini pasti akan menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa
saya, bak kata pepatah, “ahklak yang baik seperti madu, sentiasa manis dan
berkhasiat”. Saya akan membuang sikap malas dalam diri agar tidak menghampakan
harapan ibu bapa saya. Akhlak yang terpuji akan menjadi penghias diri dan
berjalan seiring dengan kejayaan yang kita miliki. Kita perlu ingat bahawa
sekiranya ahklak seseorang itu buruk, walau betapa cemerlang pun pencapaiannya
dalam akademik tidak akan dihormati dan disegani. Jelasnya, amalan berbudi
bahasa amat penting dalam menentukan kejayaanseseorang
individu.Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai impian dan kejayaan dalam hidup, saya sebagai remaja perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.. Saya akan berusaha memastikan agar impian dan cita-cita saya tercapai dan sekali gus, saya juga dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa saya. Charles Dickens pernah berkata bahawa “kemahuan seperti sebilah pedang yang dapat membuat jalan melalui hutan rimba.” Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa hadapan, tetapi manusia boleh meramal masa hadapan mereka dengan merancang masa hadapan mereka sebaik-baiknya. Jelasnya, kita harus memberi peluang kepada diri kita untuk menjadikan impian dan cita-cita sebagai kenyataan kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama
sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan. Pegangan agama yang teguh
membolehkan saya mempunyai benteng keimanan yang kukuh dan ampuh bagi
mengelakkan diri saya daripada pengaruh negatif yang dapat
menjejaskan kehidupan saya. Dengan berpegang teguh kepada ajaran agama, saya
akan memiliki jati diri yang utuh untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya ke kancah maksiat. Hal ini kerana Tuhan sentiasa menyeru
hambanya untuk melakukan sesuatu yang baik serta menjauhi perkara yang
buruk. Pegangan kepada agama juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya dan
membolehkan saya mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Hal ini amat
penting dalam menentukan kejayaan saya pada masa hadapan. Pendidikan
agama yang saya peroleh, menjadi pedoman hidup yang boleh membentuk saya
menjadi seorang yang positif dalam segala hal. Saya tidak mudah dipengaruhi
oleh rakan-rakan yang tidak baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa menjaga
nama baik ibu bapa dan keluarga. Tegasnya,saya akan berpegang teguh kepada
ajaran agama agar dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan membanggakan
kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai
keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.
Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan
seterusnya terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan
antara kaca dengan permata dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta
matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan
pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan
mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka dan membolehkan
saya berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajarkan oleh
guru. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan
meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada
rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran
akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan
mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya
tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih
dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat
bergantung kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk
menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu
akan dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan
memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya
menyuruh saya melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat
mengurangkan tekanan jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih
terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang kegagalan dan
kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia
agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam
hidup saya agar dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
Seterusnya, saya akan meningkatkan keilmuan diri saya dengan pembacaan. Ibn.
Khaldun pernah berkata bahawa “membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang
individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara”.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa membaca adalah amat penting dalam menentukan kekuatan dan
kejayaan seseorang individu. Saya akan membaca buku-buku yang berkaitan dengan
pembinaan kendiri seperti buku-buku motivasi dan sebagainya untuk meningkatkan
tahap pemikiran diri saya kerana membaca jambatan ilmu. Langkah ini bagai
serampang dua mata kerana selain boleh membantu saya dalam bidang akademik,
usaha tersebut juga dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang berilmu
pengetahuan luas. Secara langsung, kejayaan akan dapat dicapai dalam kehidupan.
Saya juga akan cuba memperbaiki kelemahan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
termasuk mengatasi sikap malas. Saya akan mengubah sikap ini untuk
mencapai kejayaan dan berubah menjadi seorang yang rajin kerana rajin dan
usaha, tangga kejayaan. Saya berharap agar perubahan yang saya lakukan
ini dapat membolehkan diri saya mencapai harapan ibu bapa iaitu berjaya dalam
kehidupan. Apabila masuk ke alam pekerjaan kelak, saya akan mencari
pekerjaan yang stabil dan membalas budi mereka.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya
akan sentiasa patuh kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya
sedar bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Saya juga sedar bahawa
tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah dan pandai saya sekali pun, saya
tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam hidup saya. Ibu bapa
merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam daripada
saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam
masyarakat dan dunia luar. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima
pandangan mereka agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin
mengakibatkan saya berasa menyesal buat seumur hidup saya. Mereka merupakan
punca tenaga dan dorongan saya untuk mengejar impian dan cita-cita saya
serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin
berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan
mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian saya dapat dicapai
dan yang paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan berlaku atas diri saya.
Rekayasa: Harum Awang- GC & Munsyi Dewan DBP
assalamualaikum , mohon copy ya . terima kasih
ReplyDelete:)
Waalaikumussalam, boleh2. sama2
DeleteWaalaikumslm...okey tq sis
Deleteassalamualaikum saya nak ambik sedikit isi-isi karangan saudari untuk buat rujukan . terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam, boleh2. nak ambik semua pun tkpa. sebagai ilmu untuk dikongsikan. :)
DeletePro gilerr mesti murid cemerlang
ReplyDeletetkde ar, ini karangan dikongsi oleh guru saya, so saya hendak kongsi disini, semoga dapat membantu ramai orang
DeleteBagus tapi dua-tiga perenggan tak guna...
ReplyDelete??? Lebih 3 tu
DeleteWow...
ReplyDeletemohon guna isi karangannya ya terima kasih..
ReplyDeleteboleh2. semoga dapat membantu anda.
Deleteterima kasih ye ....karangan ini sangat membantu untuk saya
ReplyDeletesama2. alhamdulillah. :)
DeletePro giler ayat dan isi ii dlm karangan ni...terbaek lah yang buat karangan ni...kerja sekolah saya pon siap 😄
ReplyDeleteperkongsian daripada guru cemerlang :D alhamdulillah
DeleteMintak copy yer..
ReplyDeleteboleh bosskur, semoga bermanfaat.
DeleteKarangan ini sangat membantu dlm percubaan saya.... Tq ckgu
ReplyDeleteAlhamdulillah... good luck! :D
DeleteBagus,doakan sya sbg batch akhir SPM 2020,BERJYA DUNIA AKHIRAT AAMIIN!
ReplyDeleteInshaAllah aminnn
DeleteSangat membantu karangan ni. Tq cikgu😁
ReplyDeleteSama2 semoga membantu ya :D
DeleteTerbaikk.. Mintak isi ya.. Memang padu lah karangan ni.. Terima kasih sgt ii
ReplyDeleteSemoga dapat manfaat ya
DeleteSaya ambil buat rujukan yah.terima kasih
ReplyDeleteYa boleh, semoga dapat kongsi dengan rakan2.
DeleteMohon berkat restu karangan ni cg
ReplyDeleteInshaAllah semoga dapat membantu .
Deletebalas comment tak
ReplyDeleteyes balas
DeleteMintak copy ya :)
ReplyDeleteYa2. boleh2 semoga bermanfaat :D
DeleteCg klu saya tu ditukar kpd kita salah ke
ReplyDeleteBerapakah markah akan dipotong?
Deleteyes boleh.
Deleteah masuk exam spm 2020 lak
ReplyDeletealamak. ni tahun 2014 ni haha
Deletenak tanya kalau tajuk ni saya tulis kita boleh tak
ReplyDeleteyes boleh
Deletecikgu..kalau saya guna pelajar boleh ke
ReplyDeleteYes, boleh
DeleteKarangan ni masuk dalam spm 2020. Tapi tak sempat baca karangan yang ini..Bagus karangan ni 👍🏻
ReplyDeleteSemoga berjaya, yang penting isi dapat.
Deletecg kalau sy tulis isi capai kerjaya impian tu ialah menyertai kempen,mengamalkan sikap yang baik....blh tak
ReplyDeleteok kita kembali kepada soalan, berjaya dalam kehidupan.
Delete1. Adakah dengan menyertai kempen kita dapat berjaya dalam kehidupan?
2. Adakah kita bersikap baik boleh membuatkan kita berjaya dalam kehidupan?
Mintak copy ya, cikgu. Terima kasih
ReplyDeleteBoleh saja. Semoga membantu
DeleteBerapa patah perkataan
ReplyDeleteBagus karangan ni sangat membantu!!!! TERIMA KASIH
ReplyDelete