Search This Blog

Friday, November 28, 2014

SPM Karangan Cemerlang : Manfaat Amalan Membaca

Manfaat Amalan Membaca

Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.  Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca? Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya membaca.

Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian kerana melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca berpeluang mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain.  Pembaca juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang berlainan.  Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.

Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar.  Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang menguasai kosa kata. Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, begitulah keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan khazanah bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin dikuasainya.

Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus cemerlang dalam akademik. Tabiat membaca boleh membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai kepada pelajar yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar.

Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu emas, oleh itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan negara.  Sebagai contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku ketika  di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa rakyat yang banyak membaca berupaya menjamin kemajuan negara.

Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian kerana kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan sesebuah negara.  Sekiranya negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan pelbagai buku dari seantero dunia.  Tuntasnya, melalui tabiat membaca, kita dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa tabiat membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat negara ini.  Tegasnya, tabiat membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi negara maju dalam Wawasan 2020. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkat budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas zaman.

Rekayasa: Harum Awang- GC & Munsyi Dewan DBP

53 comments:

  1. TERBAIK, THUMBS UP SIKET

    ReplyDelete
  2. hazman saya cadangkan amda tukar nama kepada hazman007 kerana lebih bergAYA

    ReplyDelete
  3. Excellent essay I like it very much ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar lah die nak buat berapa2 pun.

      Delete
  4. Terima kasih atas cadangan anda :) tapi saya suka nombor 45.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. thanks! ini karangan dibuat oleh cikgu bm cemerlang

      Delete
  6. terima kasih

    ReplyDelete
  7. Nice essay ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

      Delete
  8. Nice essay. Macam mana lah awak boleh tulis essay camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini essay bukan yang saya buat, tapi perkongsian cikgu saya, http://www.hazman45.blogspot.my/2016/11/karangan-cemerlang-punca-punca.html ini baru saya buat dan sudah disemak

      Delete
  9. Terima kasih banyak banyak bang. Banyak manfaat yang saya dapat

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. yaaa, tepat sekali, karangan ini bnyk membantu saya waktu dulu2.

      Delete
  11. terima kasih...

    ReplyDelete
  12. Karangan yang baik,bahasa pun bagus tahniah.Banyak idea yang saya dapat daripada karangan ini.

    ReplyDelete
  13. hopefully with the help of my crew got a brilliant result in SPM 2016

    ReplyDelete
  14. Apa tips yg abg guna utk buat karangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. nie. http://hazman45.blogspot.my/2015/10/tips-ambacokup.html
      kalau tk faham jugak, boleh pm sy .

      Delete
    2. TerimaKasih Bang <sangat bermanfaat :^)

      Delete
  15. Replies
    1. itu sy tk pasti , yg sy pasti lebih 350 patah perkataan . :)

      Delete
  16. Wow! What a nice essay! I hope that you will write more useful essay ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. this essays I wanted to share with u all, not my writing btw. sure In sha Allah :)

      Delete
  17. mesti orang yg tulis ni pelajar terbaik kan?

    ReplyDelete
  18. nice lah,,, mrsm jb berterima kasih...kpd abg ye thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. amende lah ^^

      Delete
    2. eh, haha... mrsm jb ? sama2.. kongsi2 dengan kawan ya, biar semua org berjaya :D

      Delete
  19. karangan yang sangat baik..ia sangat membantu saya.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 :D karangan ini bntu saya skali :D

      Delete
  20. Replies
    1. main game league of legends ngan lineage2 revolution

      Delete
  21. cantik karangan ni..isi semua jelas dan banyak peribahasa :) thanks for sharing

    ReplyDelete

Komen benda elok2 je. ^^