Perang Dunia Kedua
2a) Namakan
pakatan dan
negara yang terlibat dalam
Perang Dunia Kedua.
Pakatan | Negara
Kuasa Paksi : Jerman, Itali dan Jepun
Kuasa Bersekutu : Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat
2b) Namakan
dua bandar yang
musnah akibat daripada
Perang Dunia Kedua.
# Hiroshima # Nagasaki
2c) Lengkapkan
jadual di bawah namakan
negara dan tokoh yang
mencetuskan Perang Dunia Kedua.
Negara | Tokoh
1. Jerman : Adolf Hitler
2. Rusia : Ladimir Lenin dan Joseph Stalin
3. Itali : Benito Mussolini
2d) Huraikan
faktor-faktor yang
menyebabkan berlaku
Perang Dunia Kedua.
RASA # Rasa tidak puas hati Jerman terhadap perjanjian Versailles kerana negara itu kehilangan tanah jajahannya.
PAMPASAN # Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi sebagai negara yang kalah.
KURANG # Jerman diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya.
HITLER # Muncul seorang pemimpin baru di Jerman, iaitu Adolf Hitler yang berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist.
INGKAR # Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles apabila beliau membina sebuah angkatan tentera yang besar.
PULIH # Hitler berjaya memulihkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.
MARUAH # Hitler telah berjaya memulihkan maruah bangsa Jerman dengan mengembalikan semangat kebangsaan kepada rakyat.
JAJAH # Itali dipihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama tidak diberi tanah jajahan menyebabkan pimpinan Benito Mussolini telah menjajah Habsyah ( kini Ethiopia ).
CEROBOH # Pada tahun 1940 Itali telah menceroboh Perancis.
BEBAS # Jepun muncul sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai negara-negara di Timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat.
MEIJI # Dasar pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara industri dan menguatkan ketenteraan untuk meluaskan pengaruh di Asia.
CEROBOH # Jepun menceroboh Manchuria dan China yang membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.
WASHINGTON # Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia.
KEMELESETAN # Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia.
PINJAMAN # Amerika Syarikat tidak mampu lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan.
PERUNTUKAN # Masalah ekonomi ini menyebabkan negara Eropah lain termasuklah Britain, Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan.
KUKUH # Hak sebaliknya berlaku di Jerman yang bertindak mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi.
2e) Terangkan
peristiwa Perang Dunia Kedua.
POLAND # Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat manakala USSR menyerang Poland dari timur.
ISYTIHAR # Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.
MENGUASAI # Jerman menguasai Perancis dan melancarkan serangan ke atas British tetapi gagal.
MENGEJUT # Pada 7 Disember 1941 Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour dan berjaya mengalahkan Britain.
DUDUKI # Pada September 1942 Jepun menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain.
KALAH # Pada bulan Mei 1945 Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak Jerman dikalahkan.
JEPUN # Amerika Syarikat beralih ke Asia dan memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun tetapi Jepun masih bersemangat meneruskan perjuangan mereka.
BOM # Pada 6 Ogos 1945, Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman, mengarahkan bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima dengan alasan ingin megelakkan tempoh peperangan yang lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai.
KEDUA # Dua hari kemudian, bom kedua dijatuhkan di Nagasaki dan dalam masa yang singkat bandar tersebut musnah.
2f) Nyatakan
kesan Perang Dunia Kedua.
JERMAN # Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman terbahagi dua, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.
RUNTUH # Memperlihatkan keruntuhan sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah.
MERDEKA # Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan daripada Belanda, India dan Tanah Melayu daripada Britain.
TANGANI # Negara-negara baru terpaksa menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing.
KORBAN # Peperangan ini menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi.
BUBAR # Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang kuasa besar menceroboh negara kecil.
PBB # Menimbulkan kesedaran pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia menyebabkan pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa.
DINGIN # Berlaku Perang Dingin disebabkan perbezaan ideologi antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dengan Soviet Union.
(Diambil daripada Siri Kecemerlangan Sejarah SPM, Rusli Ramli)