Sunday, July 20, 2014

Sejarah Form 5 : Bab 9 : (Bhg3) Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa

Kemunculan Blok dan Perang Dunia

3a) Apakah Blok Dunia?

SEHALUAN  # Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.

BENTUK  # Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk, iaitu sama da berdasarkan aspek politik, ekonomi atau geografi.

3b) Mengapakah terbentuk Blok Kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang Dunia Kedua?

POLITIK  # Fahaman politik yang berbeza antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia.

DEMOKRASI  # Amerika Syarikat menganggap dirinya teguh demokrasi dengan mengamalkan hak asasi manusia dan ekonomi bebas.

SOSIALISME  # Russia menganggap jaguh sosialisme berdasarkan ajaran komunis yang percaya kebajikan masyarakat dicapai dengan memilik negara dan harta.

SANGSI  # Perasaan sangsi sesama mereka sebelum Perang Dunia Kedua.

PERCAYA  # Wujud rasa kurang percaya kedua-dua pihak semasa Perang Dunia Kedua.

BUNTU  # Kebuntuan dalam rundingan menyelesaikan Perang Dunia Kedua.

ARAH  # Beitain sekutu Amerika Syarikat mengarahkan tentera Barat membebaskan Balkan sebelum ketibaan tentera Russia.

BAHAGI  # Selepas Perang Dunia Kedua Eropah terbahagi kepada dua berdasarkan cara mereka dibebaskan.

BEBAS  # Negara Eropah yang terbebaskan oleh Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi bebas.

MARX  # Negara Eropah yang dibebaskan oleh Russia mengamalkan sosialisme ajaran Karl Marx.

JERMAN  # Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat yang dipisahkan oleh Tembok Berlin.

HAD  # Hubungan yang terhad dalam bidang diplomatik perdagangan dan individu.

3c) Bagaimanakah Blok Kapitalis dan Blok Komunis mengukuhkan kedudukan masing-masing?

TENTERA  # Membuat persiapan ketenteraan dengan melancarkan senjata nuklear.

PROPAGANDA  # Menjalankan kegiatan propaganda dan pengintipan antara satu sama lain.

EKONOMI  # Menjalankan kegiatan memberi bantuan ekonomi untuk meluaskan pengaruh.

KETIGA  # Berebut-rebut untuk menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi kepada Negara-Negara Dunia Ketiga.

NATO  # Amerika Syarikat bersama sekutunya telah membentuk pakatan tentera NATO iaitu Pertubuhan Atlantik Utara untuk menghadapi Blok Komunis.

WARSAW  # Russia dengan semua negara komunis menubuhkan pakatan WARSAW sebagai reaksi kepada penubuhan NATO.

KATA  # Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy memberi kata dua kepada Russia menarik balik senjata nuklear dari Cuba untuk mengelakkan perang nuklear.

PERANG  # Berperang secara tidak langsung dengan sekutu mereka dengan Amerika Syarikat membantu Korea Selatan dan Russia membantu Korea Utara.

3d) Apakah yang dimaksudkan Perang Dingin?

GEOPOLITIK  # Perang Dingin terbentuk daripada Blok Dunia berasaskan geopolitik dan tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung.

3e) Senaraikan dua kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dingin.

# Amerika Syarikat
# Soviet Union

3f) Terangkan sebab-sebab berlaku Perang Dingin.

BERBEZA  # Perang Dingin berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi dan fahaman politik.

PERSAINGAN  # Berlaku persaingan kuasa antara blok kapitalis yang deketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union.

KEKUATAN  # Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.

SEBAR  # Kedua-dua blok berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan kententeraan.

PENGARUH  # Blok Komunis dan Blok Kapitalis berusaha mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga ini dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.

3g) Apakah kesan Perang Dingin?

BLOK  # Kesan Perang Dingin pembentukan blok dunia kepada Blok Kapitalis, Blok Komunis dan Blok Dunia Ketiga.

NATO  # Amerika Syarikat dan sekutunya mewujudkan pakatan tentera iaitu penubuhan NATO untuk menyekat pengaruh komunis.

WARSAW  # Soviet Union dan negara-negara komunis menubuhkan Pakatan Warsaw.

SEATO  # Amerika Syarikat membentukan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Tready Organisation (SEATO) menyekat pengaruh komunis di Asia Selatan.

LUMBA  # Berlaku perlumbaan di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis.

3h) Bandingkan ideologi antara Blok Kapitalis dengan Blok Komunis.


(Diambil daripada Siri Kecemerlangan Sejarah SPM, Rusli Ramli)

No comments:

Post a Comment

Komen benda elok2 je. ^^