Tuesday, July 8, 2014

Sirah dan Tamadun Islam : Al-Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)

►Biodata

# Nama : Nukman bin Thabit
# Lahir : 80 Hijrah
# Meninggal dunia : 150 Hijrah
# Keturunan : Parsi
# Ayahnya peniaga kain
# Dibesarkan di Kufah, kehidupan senang dan mewah
# Lahir : Di Kufah semasa pemerintah khalifah Abdul Malik bin Marwan
# Meninggal dalam penjara ketika berumur 70 tahun

►Sebab digelar Abu Hanifah

# Sentiasa membawa tinta ke mana sahaja.
# Beliau mempunyai seorang anak bernama Hanifah.
# Hanifah bermaksud cenderung kepada agama.

►Jasa beliau terhadap ilmu

# Menyebabkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai.
# Membezakan antara hadis sahih dan tidak sahih.
# Menghasilkan beberapa buah kitab untuk rujukan.
# Menyuruh muridnya menggunakan fikiran terhadap sesuatu hukum.
# Memutuskan sesuatu hukum dengan menggunakan akal berpandukan Al-Quran dan Hadis.

►Ujian yang dihadapi

# Dipenjara dan disebat 100 kali.
# Dipenjara kerana menolak jawatan juru tulis kerajaan Umayyah.
# Dipenjara kerana menolak jawatan hakim di Baghdad.

►Kaedah yang digunakan dalam menentukan hukum mengikut susunan

# Al-Quran            # As-Sunnah/Hadis
# Ijmak                  # Qias
# Istihsan               # Uruf

►Pendidikan

# Mempelajari pelbagai ilmu terutama undang-undang Islam.
# Berguru dengan Imam Hamad Bin Abi Sulaiman selama 18 tahun (Fikah)
# Menemui beberapa orang sahabat :~ Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa.

►Usaha Imam Abu Hanifah bagi mengukuhkan ilmu fekah

# Berhati-hati dalam menentukan hukum.
# Banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum.
# Melarang muridnya bertaklid.
# Berkebolehan menghuraikan hukum-hukum fekah.
# Sering berjaga malam untuk memikirkan jawapan bagi masalah yang dikemukakan.

►Karya peninggalan beliau

# Fiqh al-Akbar.                 # Al-Alim Walmutaallim.
# Masnad Fiqh al-Akbar.    # Masail Usul.
# Fatwa al-Waqiah             # Al-Kisaniyat

►Sifat peribadi

# Berakhlak                       # Pemurah
# Ikhlas                             # Berani
# Suka memberi nasihat

( Diambil daripada Revisi Pantas SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5)

No comments:

Post a Comment

Komen benda elok2 je. ^^