Saturday, October 31, 2015

Tips Nak Buat Karangan Guna AMBaCoKUP

Tips sebelum exam kalau kalau ketandusan idea... nie tips daripada cikgu sy di SMK Paya Kemunting dan SMK Seri Mahawangsa.

ok, 1st sekali tengok tajuk.. pastu buat 4 points pun ok da, tapi bergantung kpd cikgu skolah masing2 laa..


notes from myself : nk buat karangan nie kita kena bayangkan.. selepas nie apa.. then apa pulak..  dia ada jugak kaitan dgn nada suara dalam kita contohnya, 'dasawarsa ini, pembangunan dalam negara kita merosot. media massa banyak memaparkan ...... " camtu la . lebih kurang. 

AMBaCoKUP


PENDAHULUAN:

pendahuluan ni mcm pengenalan terhadap soalan. contoh, 'peranan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak' . okay.

1st sekali, kita buat la pengenalan ibu bapa sekarang nie. 'sibuk dgn kerja' and so on.
then, kaitkan la pulak dgn anak-anak & pendidikan.

contohnya, berdasarkan peribahasa anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.

pastu, buat la persoalan. contohnya "apakah peranan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak?"

arghh... boleh faham kot ...

pendahuluan ni macam ngan flow.. kita mcm ngan ikut jerr..


PERENGGAN untuk ISI:

A = apa...  mean, apa yg tajuk tuu nakk..  

M = mengapa... mean mengapa benda tu berlaku, selalunya ayat akan bermula, "hal ini kerana...." 

Ba = bagaimana... mean bagaimana nak bendung,.. selalu ayat yg sy guna "usaha yg boleh dilaksanakan...."

Co = contoh.. mean nak bagi contoh perkara yg berlaku pun boleh... "contonhya, membina masjid di kawasan perumahan.." ataupun "misalnya..."

K = kesan... mean kesan yg akan berlaku terhadap contoh itu.. "impaknya, ramai org akan pergi ke masjid..." ataupun "kesannya...."

U = ungkapan... mean ungkapan daripada kesan itu.. "ada peribahasa menyatakan bahawa...."

P = penegasan... mean nak tegas balikk... selalunya salin balik ayat 1st kita buat perenggan... salin sebulat2 pun tkpa cuma tambah "Sesungguhnya...." ataupun "Jelaslah bahawa...." 

pastu perenggan kedua pun sama la .. hehe..

PENUTUP:

Penutup ni pun sama jugak la dgn pendahuluan, cuma ubah2 kan dari ayat pendahuluan. pastu cuba kaitkan "Pelbagai pihak perlu memainkan peranan .... "

orang kata ayat harapan.... ayat nak up . haha. camtu la .

kalau tak faham atau pertanyaan, PM :D 



Selamat beramal dan semoga maju jaya! :)

2 comments:

  1. Macam mana nak buat huraian dlm pernggan isi? Kalau karangan pasal kaedah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga, boleh ja. kaedah tu kan point dia kan, jadikan utama, pastu explain lah pasal point tu menggunakan ambacokup

      Delete

Komen benda elok2 je. ^^