Friday, August 29, 2014

Part 1 : Tutorial Cbox Exclusive ^^ (Text Berwarna)

Assalamualaikum. Hari ini saya akan kongsi tutorial Cbox seperti perkataan berwarna, bold, italics, underline, strikethrough, tulisan saiz kecil atau besar, tulisan kecil dibawah, tulisan besar diatas, tulisan bergerak, letak link, gambar profile dan sebagainya. Saya harap serba sedikit dapat membantu kalian. ^^ Share ini kepada rakan2 anda yang ingin mengetahui lebih lanjut pasal Cbox


FOLLOW SAYA UNTUK TUTORIAL YANG AKAN DATANG ^^




Saya akan terangkan secara ringkas


1. Text Berwarna Pelbagai! //Paling femes ^^


JENIS 1


[color=x], x=blue, red, green, pink, purple, brown, grey, gold, white ....

Setakat ini saya jumpa yg nie je larh, test la warna len sama ^^

a) Tulis code ini [color=blue] Perkataan/Ayat [/color] .


b) Tekan Enter.




JENIS 2


Boleh dapat warna apa yang kita nak ^^

a) Pergi ke Html Color Codes atau laman web yang sama jenis.
b) Copy code color TERMASUK   #    contoh,  #045FB4

Copy yang highlight itu

Copy code itu then, letak #
Contoh #9641F7

c) Seterusnya, letak code itu  di dalam [color=#045FB4] Singgah Petang ^^ [/color]  

Letak seperti berikut
d) Tekan Enter.



Alhamdulillah, sampai disini sahaja. Kalau yg subtopic lain tu hari lain. ^^ Sentiasa update diblog sini. 
Share kpd rakan2, shabat2 anda tentang perkara ini. ^^ Semoga lebih berseronok untuk berblog


Kalau ada pertanyaan hantar ke e-mail saya hazman.man45@gmail.com

Selamat Mencuba ^^

Friday, August 22, 2014

Trial SPM Hampir Tiba 24/8/2014

Assalamualaikum. Masha Allah, Trial hampir tiba maka SPM pun hampir tiba jugak la. Persediaan yang sudah dilakukan hanya nak meletakkan diri ditangga C keatas. Semmoga Allah permudahkan segala urusanku apabila menjelang hari tersebut.

Tuesday, August 5, 2014

Adab dan Akhlak : Adab Musafir

Adab Musafir

Hukum Musafir

# Harus untuk tujuan yang baik seperti melihat tanda kebesaran Allah dan bukan tujuan maksiat.

Hukum Musafir Bergantung Kepada Tempat yang Dituju dan Niat Orang yang Bermusafir

1. Hukum : Wajib -> Bagi Muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib.

2. Hukum : Sunat -> Untuk menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, Masjid al-Aqsa, serta bermusafir untuk menziarahi saudara-mara.

3. Hukum : Haram -> Bermusafir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta maksiat.

4. Hukum : Makruh -> Bermusafir yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat.

5. Hukum : Harus -> Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.

Adab-adab Bermusafir

a) Sebelum bermusafir :
1. Kita hendaklah berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT dan meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman.
2. Kita hendaklah menyediakan bekalan yang secukupnya seperti wang, pakaian, makanan, dan sebagainya.
3. Kita hendaklah melantik seorang ketua apabila bermusafir secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga orang atau lebih.
4. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang ditinggalkan bagi memaklumkan tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.
5. Sunat melakukan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.

b) Semasa bermusafir :
1. Mengerjakan solat qasar dan jamak supaya tidak ada alasan untuk meninggalkan solat.
2. Dilarang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar seperti buang sampah dan membuang air kecil ddi tempat yang tidak sesuai.

Sebab Perlunya Adab Bermusafir

1. Supaya perjalan itu mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
2. Jika sekiranya berlaku pertelingkahan, ketua yang dilantik akan menyelesaikannya.
3. Supaya tidak berlaku kerosakan alam dan keindahan dan kebersihan alam akan terpelihara.

Kesan Buruk Apabila Tidak Mematuhi Adab Bermusafir

1. Sesuatu perjalanan tidak akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.
2. Seseorang itu akan terdedah dengan perkara maksiat dan pergaduhan.
3. Menimbulkan pelbagai masalah dalam perjalanan.
4. Jiwa dan perasaan sentiasa gelisah kerana meninggalkan yang difardukan seperti solat.

Ruhsah

Ruhsah ialah hukum hakam yang disyariatkan bagi meringankan mukallaf dalam keadaan-keadaan tertentu.

Tiga doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT

1. Doa orang yang dizalimi.
2. Doa orang yang sedang bermusafir.
3. Doa bapa ke atas anaknya.

(Diambil daripada Siri Ulangkaji Pendidikan Islam, REDAH 5, Tingkatan 5, Hajah Ramlah bt. Idris, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, SMK Pulau Nyior)

Saturday, August 2, 2014

Adab Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Adab Amar Makruf dan Nahi Mungkar

1. Berhikmah / menyelesaikan masalah pendekatan yang sesuai.
2. Memberikan nasihat yang baik.
3. Berbincang dengan cara yang baik.

Cara yang Boleh Anda Lakukan untuk Mengatasi Perkara Mungkar yang berlaku di Sekolah

1. Memberi nasihat.
2. Menegur dengan cara yang berhikmah.
3. Melapor kepada guru.
4. Mengadakan program keagamaan.

Kebaikan Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar

1. Hukum dan syariat Allah SWT dapat ditegakkan.
2. Kemungkaran dan gejala sosial dapat ditangani.
3. Pembangunan negara berjalan lancar.
4. Keselamatan terjamin.
5. Dapat mengangkat martabat umat dan agama Islam.

Kesan Buruk Meninggalkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ke atas masyarakat

1. Akhlak masyarakat akan hancur.
2. Masyarakat semakin jauh daripada agama.
3. Masyarakat lain memandang rendah umat Islam.
4. Masyarakat akan mundur.

Pendekatan Dakwah Rasulullah

1. Memilih masa dan tempat yang sesuai. Baginda mulakan dengan soalan untuk menarik perhatian.
2. Berdiplomasi contohnya mengirim surat dengan menggunakan cincin bercop kerana kebiasaan pemimpin tidak membaca surat tanpa cop mohor kerajaan.
3. Memberi hadiah kepada mereka yang berjinak dengan Islam.
4. Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan, dan mamalah yang baik seperti menolong wanita Yahudi.
5. Memberi kemaafan dalam keadaan yang membolehkan baginda menuntut bela seperti malayani dengan baik keluarga Abu Sufian ketika penalukan Kota Mekah.
6. Menceritakan kisah terdahulu sebagai iktibar.

Hikmah Amar Makruf dan Nahi Mungkar

1. Dapat menegakkan hukum dan syariat Allah.
2. Mengatasi kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat.
3. Pembangunan negara berjalan lancar.
4. Ekonomi bertambah baik dan meningkat.
5. Dapat mengangkat martabat umat.
6. Dapat memelihara maruah, harta, keturunan, hak-hak individu, dan hak awam.

(Diambil daripada Revisi Pantas SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 5)

Adab di Tempat Rekreasi

Pengertian Rekreasi

* Rekreasi ialah kegiatan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan contohnya beriadah, beristirehat dan menghiburkan hati.

Adab-adab Berekreasi Menurut Pandangan Islam

1. Berpakaian menutup aurat.
2. Menjaga batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan.
3. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di tempat rekreasi.
4. Bertanggungjawab menjaga kemudahan yang telah disediakan.

Fungsi Taman Rekreasi dalam Membentuk Sahsiah Seseorang Insan

1. Melahirkan masyarakat yang prihatin.
2. Mengeratkan hubungan persaudaraan antara masyarakat.
3. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.

Ciri Tempat Rekreasi yang Baik

1. Mempunyai kemudahan fizikal yang secukupnya.
2. Menjamin keselamatan / keselesaan pengunjung.
3. Mempunyai keistimewaan tertentu.

Hikmat Beradab Semasa di Tempat Rekreasi

1. Mendapat keredhaan Allah SWT.
2. Dapat memupuk hubungan silaturrahim.
3. Menghindari perkara-perkara mungkar.
4. Melahirkan masyarakat berdisiplin.

Cara Pengawalan Terbaik untuk Mengelakkan Tempat Rekreasi Disalahgunakan

1. Mengadakan penguatkuasaan yang rapi untuk mengawal tempat rekreasi.
2. Sentiasa membuat rondaan yang kerap oleh pihak bertanggungjawab.
3. Memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga tempat rekreasi.
4. Mengenakan denda terhadap mereka yang menyalahgunakan tempat rekreasi.

(Diambil daripada Revisi Pantas SPM Pendidkan Islam Tingkatan 4 5)