Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan meghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat gar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.
Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan perngorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?
Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.
Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-yiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:
Itulah umat yang telah lalu... (Al-Baqarah: 134)
Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.
Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nene-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."
Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: "Mengapa engkau tidak mahu merenung apa yang telah berlalu?" Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."
Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-yiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penamppilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil.
Manusia sebenarnya tidak perlua melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; setiap kalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.
"La Tahzan"
~Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni~
Monday, April 4, 2016
Wednesday, March 23, 2016
1. Merenunglah dan Bersyukurlah
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmat-Nya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.![]()
.........sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya...... (Ibrahim: 34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya, anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
......Dia telah memberikan nikmat-nikmat-Nya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun batin..... (Luqman: 20)
Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibr, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? (Ar-Rahman: 13)
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih ramai orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?
Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dab ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhuhd? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya, bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat: 21)
Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekililing anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:
Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya..... (An-Nahl: 83)
"La Tahzan"
~Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni~
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya, bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat: 21)
Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekililing anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:
Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya..... (An-Nahl: 83)
"La Tahzan"
~Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni~
Monday, March 21, 2016
Themes Purple Tahun Ini
Assalamualaikum, baru td shj bru design theme purple. al maklumla cuti. hahaha. :P pagi2 nie LoL gamer tk on lagi, tmbahan pula hari ini kan skolah dan org bekerja. So, depa tk on lagi la.. tetiba terinpirasi nak buat warna purple, warna hijau, pink, dan biru dah. apa kata kita buat warna purple. ![]()
Pada pendapat hampa, acee.. haha.. pada pendapat korang la kan, cantik tk theme baru nie, komen la, jgn kutuk, cuma memberi idea yg lebih bernas dan dlm kemampuan sy. :) Komen jgn tk komen.
Subscribe to:
Posts (Atom)