Saturday, March 21, 2020

Covid-19

Assalamualaikum semua, apa khabar semua? Moga-moga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat. InshaAllah. Setelah beberapa bulan saya tidak mengemas kini blog saya, tapi hari ini saya diberi kelapangan untuk mengemas kini. Saya ada beberapa perkara nak dikongsi bersama pembaca setia blog saya. Tahun ini kita digemparkan dengan virus yang melular iaitu Covid19. Semoga anda semua berada dalam keadaan bersih.

Mengenai aplikasi Karangan Cemerlang SPM, hari ini sudah mencecah lebih 14,000 ++ orang yang sudah download di Google Play Store. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya tidak kira dari segi aspek memberi komen positif, serta dorongan untuk mengekalkan aplikasi ini. Walaupun terdapat beberapa orang atau mungkin boleh dikatakan golongan yang tidak berpuas hati dengan aplikasi ini dengan sebab tersendiri termasuklah sebabnya karangan yang orang itu mahukan, tetapi tidak ada dalam aplikasi ini. Tidak semua orang suka apa yang kita buat. Saya berasa kecil hati walaupun mereka umur 17 -16 tahun, tetapi bahasa kurang ajar. Mungkin mereka kurang didikan yang secukupnya. InshaAllah saya cuba sedaya upaya untuk mencari karangan baharu yang karangan dikatakan dalam kategori karangan cemerlang. Tetapi masa mencemburui saya. Tidak lupa juga, ada juga pelajar yang mahir atau boleh dikatakan tahu untuk menggunakan aplikasi ini terutamanya bahagian Forum. Forum ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan semua pelajar terutamanya dalam Malaysia untuk berkongsi ilmu, info, dan sebagainya bagi persediaan SPM yang akan datang.

Seterusnya mengenai aplikasi baru sahaja dikeluarkan di Google Play Store bertarikh 13/3/2020 iaitu DealDebt. Aplikasi ini mengenai hutang, kita boleh mencatat hutang yang kita buat samada kita hutang dia atau dia hutang kita. Aplikasi ini mengambil masa selama 2 bulan lebih dengan average setiap hari spent lebih kurang 2-3 jam dengan seorang developer sahaja. Anda boleh download aplikasi ini di PlayStore atau disini https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.dealdebt&hl=en

Sama-sama lah support apps kami. :D

Akhir kata, semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Monday, November 4, 2019

BM SPM 2019

Assalamualaikum wtb, sya doakan kepada calon SPM 2019 menjawab exam especially BM and Math dgn tenang, idea melimpah ruah... amiinn... all the best

Sunday, July 14, 2019

5K

Assalamualaikum kpd semua pembaca setia. Semalam, apps Karangan Cemerlang SPM https://play.google.com/store/apps/details?id=net.ticherhaz.karangancemerlangspm mencecah 5k downloads. wuhuuu.. alhamdulillah for the first time. Terima kasih kepada semua yg support tuu <3 ada 2 orang jer yg tak puas hati ni.. boleh pulak bg 1 star pastu tk nyatakan apa masalah yg dia hadapi. Semoga 2 orang ni diberi hidayah rating star jadi 5 star balik.. inshaAllah aminnn..

Anyways right now I'm working with the Forum Karangan Cemerlang SPM. need to be ready on 1.8.2019. tapi still ada banyak lagi yg belum siap. idk lah, maybe tk seberapa yg dirancang.



as you can see here. this is Android Studio. ini lah yang menghasilkan apps tu. hahaha. kalau coding mcm benda besar2 mcm ni, dari awal kena buat elok2 kalau tak, haha pishang.. lupa habis. itu lah ini lah, comment jgn tinggal.

and yet still, karangan baru masih belum ada. sesiapa yg sudi tu boleh la emailkan ticherhaz@gmail.com

cuti sem pun nak habis and then sibuk lak dengan fyp2. inshaAllah, boleh siap.. nanti dah release yg forum tu, jgn la kecam lak. haha.

sesiapa yg tktaw forum tu apa,
forum ni tempat kongsi maklumat, mcm ngan chat. tapi kat sini, forum untuk lebih kepada BM, karangan. so siapa yg nak kongsi maklumat tu, boleh la register and then kongsikan,

Forum tu takkan hidup kalau tkda penghuni... tkda orang nak memeriahkan. sooo hidup2 kan lah. hehe...