Kalau mcm ketandusan idea ke, apa2 ke, selawat. kalau tkleh, buat solat sunat... In sha Allah idea akan sampai . :)
Saturday, November 5, 2016
SPM BATCH TAHUN INI
Assalamualaikum! good luck kepada batch tahun ini yang ambil SPM. :D all the best, do the best, trust Allah. jangan gelabah waktu nk jawab especially subjek BM. pilih soalan yang senang, yang mana kita boleh dapat isi/points dgn senang. pastu elaborate dgn elok2..
Friday, November 4, 2016
Wednesday, November 2, 2016
Karangan Cemerlang : Punca-punca Keracunan Makanan
Assalamualaikum! ada la haritu ada pertandingan buat karangan kan kat mypengguna.com, pastu sy pun nak turut serta. k. kalah. hahaha. Pastu, beberapa hari lepas, sy edit la sikit karangan sy tu pastu tunjuk kat cikgu BM sy, Cikgu Hamidah. Selepas membuat beberapa semakan, pastu cikgu Hamidah bagi kat sy yg sudah check. Ada banyak kesalahan gak la, sebab tu kalah. Sya nk share sikit perbezaan/comparison karangan sy sebelum & selepas checked. Terima kasih Cikgu Hamidah kerana sudi mengajar/tolong/membaiki diri sy ini. hehe.
Sapa-sapa nk tgok perbezaan tu, boleh pergi ke
PAGE FB saya, https://www.facebook.com/hazman45/ untuk download karangan saya sebelum & selepas disemak. ATAU terus pergi ke sini https://drive.google.com/drive/folders/0B4gPkO4jHZ-NUG5qSjgzX2YtTms?usp=sharing untuk download.
CARA NAK BANDINGKAN KARANGAN/WORDS
1. Buka words/microsoft words
2. Pergi ke 'Review'
3. Click 'Compare' (hujung kanan atas)
4. Letak dua-dua karangan tersebut
5. Pastu anda boleh lihat apa yang telah diubah. Harap membantu :)
p/s: kalau ada sebarang pertanyaan, boleh emailkan sy, boleh hantar message kat page sy, wechat pun wechat la. haha. GLHF
KARANGAN CEMERLANG : PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN
Dasawarsa ini, jumlah keracunan makanan semakin meningkat secara drastik. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, keracunan makanan bermaksud termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit. Berdasarkan statistik laman sesawang ‘Malaysiakini’, bilangan kes yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas (purata sekitar 8,000 setahun) mengalami kes keracunan makanan dan hanya segelintir daripadanya, tidak melaporkan kes yang boleh dikategorikan berbahaya. Berdasarkan laman sesawang ‘kpkesihatan’, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa, berdasarkan pemantauan yang dilakukan sehingga 16 April 2016, sebanyak 60 episod keracunan makanan (KRM) dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara yang melibatkan 2,325 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 47 (78.3%) episod berlaku di sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan 1,900 orang warga sekolah; manakala selebihnya melibatkan sekolah di bawah agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kerajaan Negeri dan sekolah swasta. Hal Ini menunjukkan bahawasanya keselamatan makanan terutamanya di negara Malaysia dikategorikan berada di paras berbahaya yang boleh membuatkan individu tidak sihat malahan boleh membawa maut. Apakah punca masalah makanan menjadi beracun? Adakah masalah ini boleh diselesaikan?
Keselamatan makanan boleh dikategorikan kepada beberapa keadaan. Keadaan pertama yang boleh diketengahkan adalah berpunca daripada sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab. Tambahan pula, ramai orang mengambil jalan pintas untuk mendapat wang atau sumber pendapatan yang tidak berkat dengan melakukan kerja tidak bertauliah seperti individu tersebut menggunakan racun serangga berlebihan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini demikian kerana, mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kesihatan pelanggan mereka. Dalam hal ini pengguna yang akan menjadi mangsa keadaan. Golongan ini lebih mengutamakan “output” sesuatu makanan dan mengabaikan keselamatan makanan tersebut. Orang-orang tua pernah berkata bahawa disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga. Oleh itu, jelaslah bahawa keselamatan makanan berkait rapat dengan sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab.
Makanan tidak diselenggarakan dengan baik dan sempurna juga merupakan salah satu faktor keselamatan makanan tidak terjaga. Makanan perlu diselenggara dengan baik dan bersih terutamanya apabila melibatkan pemindahan makanan dari sebuah kenderaan ke kenderaan yang lain. Selagi kita dinamakan manusia, kecuaian acap kali berlaku seperti makanan terjatuh di permukaan bumi. Tambahan pula, sikap manusia yang memandang remeh terhadap makanan yang perlu diasingkan antara bersih dan rosak apabila melakukan penyenlenggaran makanan tidak diambil tindakan sewajarnya. Malah, makanan tersebut dibawa kepada pembeli, penjual dan sebagainya. Perkara ini akan berterusan sehinga menyebabkan seseorang individu itu jatuh sakit. Apabila hal ini berlaku maka wujudlah kisah si bangau. Semua pihak saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.
Pada era modeninasi ini, antara masalah makanan yang tidak begitu diberikan perhatian oleh pembeli atau pengguna ialah isu yang berkaitan dengan tarikh luput. Hanya pihak media massa yang agak memberikan tumpuan terhadap isu ini. Media massa acap kali memaparkan sebuah kedai tidak menukar ganti makanan yang tarikhnya luput dengan makanan yang baru. Masalah ini akan berterusan melainkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan yang lebih tegas dengan memberi amaran dan denda sewajarnya kepada golongan yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan makanan yang diimport dari negara jiran menggunakan jalan belakang telah membuka peluang bagi mereka menjana pendapatan kerana makanan tersebut murah untuk dibeli oleh orang kita. Makanan yang diimport itu belum tentu dari sumber yang halal malahan mungkin merisikokan nyawa mangsa yang memakannya.
Selain itu, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau masih mentah dijual secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan merupakan penyebab seseorang individu jatuh sakit. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai bakteria apabila makanan itu tidak dimasak dengan sempurna ataupun sebaliknya. Kajian di luar negara, mendapati bahawa seseorang itu akan mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan kuman, masalah percenaan makanan dan seumpanya sekiranya individu tersebut makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau mentah seperti makanan Jepun (sushi) Malahan, ia akan merosakkan sistem dalam badan kita. Badan kita tidak mendapat zat, protein dan nutrien secukupnya sekiranya pemakanan ini menjadi tabiat seharian kita. Masalah ini akan berterusan sehingga sampai suatu tahap badan kita merasa lesu dan tidak bermaya untuk melakukan perkejaan. Maka, doktorlah tempat kita akan merujuk. Ada peribahasa menyatakan bahawa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kita jangan menjadi orang yang sedemikian.
Masalah-masalah yang kita bincangkan sebentar tadi, kita dapat selesaikan atau meneutralkan balik tentang masalah makanan tersebut. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menaik taraf sistem kawalan berkenaan makanan di negara kita. Tambahan pula, pelaksanaan ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia untuk mencari rezeki. Pengambilan pekerjaan dalam bidang ini juga perlu diberi perhatian kerana mereka bakal memberi kesan kepada pelanggan sama ada jatuh sakit atau sihat. Sistem ini amat penting dan merupakan perkara perdana untuk keselamatan makanan. Salah satu cara untuk menaik taraf sistem kawalan makanan di negara kita ialah membuat pemeriksaan lebih terperinci terhadap semua kedai runcit, kedai kecil-kecilan atau restoran tentang makanan sumbernya datang dari mana. Di samping itu, setiap peniaga perlu mempunyai sijil atau lesen yang sah untuk menjual makanan yang segar. Orang-orang tua pernah berkata, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Sesungguhnya, menaiktaraf sistem kawalan berkenaan dengan makanan dapat menyelesaikan masalah makanan.
Konklusinya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya tetapi bergantung kepada komitmen kita sama ada bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan atau sebaliknya. Bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan skop yang besar, semua pihat perlu berganding bahu untuk menyelesaikan perkara tersebut umpama bersatu kita teguh, becerai kita roboh. Kita perlu mengambil iktibar daripada perkara yang lepas agar masa hadapan tidak berlaku lagi. Musnahkan benteng yang menahan kita daripada menyelesaikan masalah makanan dan membuat tindakan yang sewajarnya kepada golongan tersebut.
Daripada Hazman, disemak oleh Cikgu Hamidah, SMK Seri Mahawangsa
Subscribe to:
Posts (Atom)