Sunday, November 30, 2014

SPM Karangan Cemerlang : Langkah-Langkah untuk Menangani Budaya Merokok


Karangan Bahan Rangsangan : Langkah-Langkah untuk Menangani Budaya Merokok


Amalan merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan (A1). Sejak belakangan ini budaya merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin serius (A2). Budaya negatif ini membimbangkan ibu bapa dan masyarakat kerana amalan ini akan menjejaskan kesihatan diri pelajar berkenaan dan membawa pelbagai kesan sosial sampingan (A3). Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu diambil dengan segera untuk menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar sekolah agar tidak menjadi barah masyarakat (A4).


            Langkah yang paling berkesan untuk menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar ialah kesedaran diri pelajar terbabit (A1). Pelajar terbabit perlu disedarkan bahawa amalan merokok akan memudaratkan kesihatan diri mereka (A2). Pelajar yang terdedah kepada pengetahuan akan bahaya rokok akan mengelakkan diri daripada merokok (A3). Pelajar perlu sedar bahawa amalan merokok boleh mendedahkan diri mereka kepada penyakit barah paru-paru, pankreas, kanser mulut dan gusi dan lain-lain kesan sampingan terhadap kesihatan (A4). Jelaslah bahawa kesedaran diri untuk “tak nak” merokok amat berkesan untuk menangani budaya sia-sia yang mengundang malapetaka kepada diri sendiri ini (A5).

Langkah kedua untuk menangani budaya merokok dalam kalangan pelajar ialah melalui peranan ibu bapa (A1).  Ibu bapa dapat memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka untuk mengelakkan anak-anak mereka merokok (A2). Ibu bapa juga hendaklah mengelakkan diri daripada merokok kerana amalan ini akan dicontohi oleh anak-anak mereka seperti bapa borek anak rintik (A3).  Sebagai contoh, ibu bapa mestilah memastikan wang belanja yang diberikan kepada anak-anak digunakan untuk membeli makanan atau keperluan yang sepatutnya dan bukannya untuk membeli rokok (A4). Tegasnya, ibu bapa berperanan penting untuk mengawal dan mengelakkan anak-anak mereka daripada menjadi perokok (A5).

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengelakkan pelajar daripada mengamalkan budaya merokok (A1). Sekolah sering mengadakan kempen kesedaran bahaya merokok dan ceramah serta pameran tentang bahaya rokok kepada pelajar (A2).  Pihak sekolah juga sentiasa mengenakan hukuman berat dan tindakan yang tegas sekiranya terdapat pelajar yang merokok (A3).  Sebagai contoh, pelajar yang ditangkap kerana merokok akan didenda atau diberikan rawatan lanjutan untuk menghentikan amalan berisiko tinggi kepada kesihatan ini (A4).  

Kesimpulannya, pihak sekolah bertanggungjawab memberikan pendedahan dan pendidikan kepada pelajar akan keburukan amalan merokok dan membendung pelajar daripada merokok (A5).
Konklusinya, kesedaran diri akan bahaya merokok, peranan ibu bapa dan peranan pihak sekolah amat berkesan dalam usaha membendung budaya merokok dalam kalangan pelajar (A1). Semua pihak mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani isu merokok dalam kalangan pelajar kerana pelajar hari ini aset negara yang sangat berharga untuk memajukan negara pada masa depan (A2).  Semoga hasrat negara untuk melahirkan remaja yang cergas dan berfikiran positif akan dapat direalisasikan sepenuhnya menjelang tahun 2020 (A3).  Jalanilah hidup sihat tanpa rokok dan katakan “tak nak” merokok (A4).


Rekayasa: Harum Awang- GC & Munsyi Dewan DBP

30 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat yang AMAT BERGUNA ini... Amat membantu saya membuat kerja sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan

      Delete
  2. Sambil menyelam minum air guys. jangan salin sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. Don't worry.. Bukan setakat menyelam sambil minum air.. Pasir pun saya dah telan... Hahahahhahahaah

      Delete
    2. amboi. hahaha.. hebat sngt ni. papun, gud luck ^^

      Delete
  3. Thanks.. Kerja sekolah saye dah siap..

    ReplyDelete
  4. 잘했어요 고맙습니다 선생님

    ReplyDelete
  5. thanks bossku amat berguna di last ii minit

    ReplyDelete
  6. thanks boss boleh copy untuk kerja rumah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. haha. janji siap. tkpa2. atleast ada usaha. hahaha

      Delete
  7. Dah tahun 2020,bkn kta masalah merokok,penyakit covid pulak sekarang😔😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdoa semoga keadaan menjadi semakin pulih.. aminn....

      Delete
  8. saya rasa abang memang baik

    ReplyDelete

Komen benda elok2 je. ^^