Search This Blog

Sunday, July 27, 2014

Sirah dan Tamadun Islam : Al-Imam Al-Bukhari Sahih Bukhari

Riwayat Hidup


1. Nama sebenar : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah.
2. Lahir : 13 Syawal 194 Hijrah / 810M. Bapanya meninggal ketika beliau masih dalam kandungan ibunya.
3. Ibu bapanya orang yang soleh.
4. Masa kecil pernah butatetapi berkat doa ibunya beliau dapat melihat semula.
5. Meninggal pada 256 H / 870 M ketika umur 62 tahun.

Usaha dan kesungguhan beliau dalam ilmu hadis


1. Merantau ke beberapa buah negara untuk mengumpul hadis.
2. Menghabiskan masa selama 16 tahun untuk menghasilkan kitab sahih Al-Bukhari.
3. Berguru dengan ramai guru.

Pendidikan


1. Didikan awal dari ibunya.
2. Tekun mencari ilmu dan menghormati hadis.
3. Ketika umurnya 11 tahun beliau membetulkan kesilapan gurunya mengajar hadis. Ketika itu beliau telah menghafaz Al-Quran.
4. Umur 16 tahun tekah hafal kitab tulisan Al-Mubarak dan Waqi'.
5. Umur 18 telhah mulai menulis kitab tentang hadis daripada sahabat dan perawi hadis.
6. Telah menemui 1000 orang - ulamak, guru hadis, merantau 16 tahun untuk menuntut ilmu.
7. Beliau telah hafal 100 000 hadis soheh, 200 000 yang tidak soheh.
7. Telah menulis kitab hadis "Sohih al-Bukhari".

Perkara yang dilakukan oleh Imam Al-Bukhari dalam menyusun kitab sahih Bukhari


1. Berwuduk terlebih dahulu.
2. Solat dua rakaat.
3. Memohon taufik dan hidayah.

Syarat Perawi Hadis


1. Kuat ingatan.
2. Perawi orang Islam.
3. Bersifat siqah.
4. Sanad bersambung dengan Rasulullah SAW.

Kegigihan Imam Al-Bukhari RA


1. Sentiasa beribadat memohon petunjuk Allah.
2. Rajin menghafaz.
3. Menghindari makanan syubhah.
4. Sanggup mengembara dan bersusah payah mencari ilmu.

Karya Lain Imam Al-Bukhari


1. Al-Tarikh Al-Kabir.
2. Al-Tarikh Al-Soghir.
3. Tarikh Al-Ausat.
4. Tafsir Al-Kabir.
5. Al-Adab Al-Mufrad.
6. Kitab Al-Wihdani.
7. Kitab Al-Mabsut.
8. Kitab Al-Hibbah.
9. Kitab Al-Kunni.
10. Kitab Al-Fawaid.

(Diambil daripada Revisi Pantas SPM, Pendidikan Islam Tingkatan 4 5)

No comments:

Post a Comment

Komen benda elok2 je. ^^