Search This Blog

Thursday, July 17, 2014

Sejarah Form 5 : Bab 9 : (Bhg2) Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa

Perang Dunia Kedua


2a) Namakan pakatan dan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Pakatan | Negara
Kuasa Paksi   : Jerman, Itali dan Jepun
Kuasa Bersekutu  :  Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat

2b) Namakan dua bandar yang musnah akibat daripada Perang Dunia Kedua.

 # Hiroshima    # Nagasaki

2c) Lengkapkan jadual di bawah namakan negara dan tokoh yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Negara | Tokoh
1. Jerman  : Adolf Hitler
2. Rusia  : Ladimir Lenin dan Joseph Stalin
3. Itali  : Benito Mussolini

2d) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku Perang Dunia Kedua.

RASA  # Rasa tidak puas hati Jerman terhadap perjanjian Versailles kerana negara itu kehilangan tanah jajahannya.

PAMPASAN  # Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi sebagai negara yang kalah.

KURANG  # Jerman diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya.

HITLER  # Muncul seorang pemimpin baru di Jerman, iaitu Adolf Hitler yang berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist.

INGKAR  # Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles apabila beliau membina sebuah angkatan tentera yang besar.

PULIH  # Hitler berjaya memulihkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

MARUAH  # Hitler telah berjaya memulihkan maruah bangsa Jerman dengan mengembalikan semangat kebangsaan kepada rakyat.

JAJAH  # Itali dipihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama tidak diberi tanah jajahan menyebabkan pimpinan Benito Mussolini telah menjajah Habsyah ( kini Ethiopia ).

CEROBOH  # Pada tahun 1940 Itali telah menceroboh Perancis.

BEBAS  # Jepun muncul sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai negara-negara di Timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat.

MEIJI  # Dasar pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara industri dan menguatkan ketenteraan untuk meluaskan pengaruh di Asia.

CEROBOH  # Jepun menceroboh Manchuria dan China yang membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.

WASHINGTON  # Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia.

KEMELESETAN  # Pada tahun 1929, kemelesetan ekonomi melanda Amerika Syarikat dan seterusnya merebak ke bahagian lain di dunia.

PINJAMAN  # Amerika Syarikat tidak mampu lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan.

PERUNTUKAN  # Masalah ekonomi ini menyebabkan negara Eropah lain termasuklah Britain, Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan.

KUKUH  # Hak sebaliknya berlaku di Jerman yang bertindak mengukuhkan ketenteraannya dan menjalankan perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi.

2e) Terangkan peristiwa Perang Dunia Kedua.

POLAND  # Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat manakala USSR menyerang Poland dari timur.

ISYTIHAR  # Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

MENGUASAI  # Jerman menguasai Perancis dan melancarkan serangan ke atas British tetapi gagal.

MENGEJUT  # Pada 7 Disember 1941 Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour dan berjaya mengalahkan Britain.

DUDUKI  # Pada September 1942 Jepun menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain.

KALAH  # Pada bulan Mei 1945 Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak Jerman dikalahkan.

JEPUN  # Amerika Syarikat beralih ke Asia dan memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun tetapi Jepun masih bersemangat meneruskan perjuangan mereka.

BOM  # Pada 6 Ogos 1945, Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman, mengarahkan bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima dengan alasan ingin megelakkan tempoh peperangan yang lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai.

KEDUA  # Dua hari kemudian, bom kedua dijatuhkan di Nagasaki dan dalam masa yang singkat bandar tersebut musnah.

2f) Nyatakan kesan Perang Dunia Kedua.

JERMAN  # Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman terbahagi dua, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.

RUNTUH  # Memperlihatkan keruntuhan sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah.

MERDEKA  # Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan daripada Belanda, India dan Tanah Melayu daripada Britain.

TANGANI  # Negara-negara baru terpaksa menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing.

KORBAN  # Peperangan ini menyebabkan jumlah korban nyawa yang tinggi.

BUBAR  # Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang kuasa besar menceroboh negara kecil.

PBB  # Menimbulkan kesedaran pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia menyebabkan pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa.

DINGIN  # Berlaku Perang Dingin disebabkan perbezaan ideologi antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dengan Soviet Union.

(Diambil daripada Siri Kecemerlangan Sejarah SPM, Rusli Ramli)

No comments:

Post a Comment

Komen benda elok2 je. ^^