Saturday, July 12, 2014

Sejarah Form 5 : Bab 9 : (Bhg1) Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa

Konflik Antarabangsa


1a) Namakan pakatan dan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

             Pakatan : Perikatan Kuasa Tengah                 Pakatan Bertiga
             Negara  : Austria-Hungary dan Jerman           Britain, Perancis dan Rusia

1b) Namakan dua negara luar Eropah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

         1. Amerika Syarikat              2. Jepun

1c) Apakah peristiwa semerta yang tercetus Perang Dunia Pertama?

BUNUH         # Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914

1d) Namakan Perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama.

                      # Perjanjian Versailles pada tahun 1919

1e) Huraikan faktor-faktor tercetus Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918.

NASIONALISME  # Kemunculan nasionalisme, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar, contohnya, Jerman dan Itali.

PERANG   # Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.

TANAH   # Jerman dan Itali menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan.

REBUT  # Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi akibat Imperialisme Baru.

SAING  # Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan mengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah dan untuk memasarkan barangan siap mereka.

PAKATAN  # Persaingan untuk mengukuhkan politik dan ekonomi menyebabkan muncul sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.

ANCAM  # Persaingan antara kedua0dua pakatan ini mula mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud ketika itu.

1f) Terangkan perkembangan peristiwa yang menyebabkan tercetus Perang Dunia Pertama 1914 hingga 1918.

BUNUH  # Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.

ISYTIHAR  # Austria dengan sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914 manakala Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Perancis.

KECUALI  # Jerman bertindak menyerang Perancis melalui negara berkecuali, iaitu Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain.

MUSUH  # Negara Britain yang sememangnya bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan dalam peperangan ini dengan meminta bantuan Amerika Syarikat.

SERANG  # Jerman bertindak menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan negara itu terlibat dalam peperangan ini.

TERLIBAT  # Itali yang bersikap berkecuali terlibat dalam perang ini dengan menyokong Britain, Perancis dan Rusia.

1g) Nyatakan kesan Perang Dunia Pertama.

TAMAT  # Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah.

DAMAI  # Persidangan Damai yang diadakan pada bulan Jun tahun 1919 membawa kepada Perjanjian Versailles.

NEGARA  # Perjanjian ini telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru sepeeti Czecholovakia, Estonia, Findland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

LIGA  # Perjanjian ini membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919 yang matlamat utama untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama serta keselamatan bersama.

INFLASI  # Negara-negara yang beperang mengalami inflasi dan hutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar.

BELANJA  # Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$ 125 bilion makala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$ 60 bilion.

PENGGANGURAN  # Masalah inflasi dan pengangguran ke atas negara-negara yang berperang.

PASARAN  # Amerika Syarikat dan Jepun mengambil alih pasaran dunia.

BRITAIN  # Britain sebagai negara industri kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya.

NYAWA  # Kehilangan nyawa yang begitu ramai dalam peperangan.

HARTA # Kemusnahan harta benda.



(Diambil daripada Siri Kecemerlangan Sejarah SPM, Rusli Ramli)

No comments:

Post a Comment

Komen benda elok2 je. ^^