Search This Blog

Wednesday, July 9, 2014

Ibadah : Sembelihan

Pengertian sembelihan :
           Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan / dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik / dengan menggunakan alat yang tajam.



Hikmah sembelihan :

  1. Mematikan binatang dengan cepat.
  2. Membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindarkan penyakit.
  3. Daging yang dimakan bersih dan bermutu.
  4. Sebagai tanda penghormatan manusia kepada makhluk Allah S.W.T.
  5. Membezakan antara daging halal dan daging haram.

Perkara makruh sembelihan : 
  1. Menggunakan alat yang tumpul.
  2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang sembelihan.
  3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
  4. Tidak membaca Basmalah.
  5. Tidak menghadap kiblat.
  6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain. 
Ibadat Korban dan akikah boleh meningkatkan silaturrahim dengan : 
# Memberi daging kepada fakir miskin.
# Menyedekahkan daging kepada orang ramai/membuat jamuan/ kenduri

Umur binatang yang dijadikan korban/ akikah.
  # Biri-biri / Kibas           : 1 tahun / berganti gigi.
  # Kambing                     :  2 tahun.
  # Lembu, kerbau, sapi   : 2 tahun.
  # Unta                           : 5 tahun.

(Diambil daripada Revisi Pantas SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 5)

No comments:

Post a Comment

Komen benda elok2 je. ^^