Sunday, June 19, 2011

Tilawah : Ilmu Penyuluh Kehidupan

► AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 18:3)

شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Para Malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."


► PENGERTIAN ILMU

Dari segi:~

Bahasa: Pengetahuan
Istilah : Pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara

► MARTABAT DAN KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU
  • Allah mengiktiraf dan memuliakan orang yang berilmu
  • Orang yang berilmu dihormati masyarakat
► PERANAN ILMU DALAM KEHIDUPAN

Peranan ilmu kepada individu
  1. Dapat menyedarkan kita tentang KeEsaan, kekuatan dan kebijaksanaan Allah s.w.t melalui ciptaanNya yang unik dan menarik
  2. Dapat melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t seperti solat dan puasa bertepatan dengan syarak
  3. Dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, arkitek dan kejuruteraan
Peranan ilmu kepada masyarakat
  1. Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan perihatin
  2. Memudahkan interaksi dalam kehidupan
Peranan ilmu kepada negara
  1. Membina kemajuan negara
  2. Disegani dan dihormati oleh dunia luar
► PENGAJARAN AYAT

Ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap individu muslim untuk mengenal Allah s.w.t
  1. Kewajipan menuntut ilmu berterusan sepanjang hayat
  2. Masyarakat dapat mencapai kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat dengan menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
  3. Masyarakat bukan Islam memandang tinggi kepada umat Islam yang berilmu

1 comment:

  1. kelebihan org berilmu~~ :))
    so..? xmau rebut peluang? :P
    smga mnjdi ank y soleh lg berilmu..amin..:)

    ReplyDelete

Komen benda elok2 je. ^^