Search This Blog

Thursday, May 26, 2011

Adab dan Akhlak Muslimah : Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan

* Nikmat dan Musibah

1. Nikmat ialah semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang sperti kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.

2. Musibah ialah semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yg dihadapi oleh seseorang sperti kesakitan, kelaparan dan kematian.

3.Mukmin yg berjaya ialah mukmin yg bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dan bersabar menempuhi segala musibah yg menimpanya.

* Adab Menerima Nikmat Allah S.W.T

Syukur

Amali
Menggunakan nikmat dgn cara yg terbaik dan bermanfaat.

Lisan
Memuji Allah dgn menyebut Alhamdulillah dan mengerjakan sujud syukur.

Hati
Menyakini bhawa nikmat yg diterima ialah kurniaan Allah dan akan disoal pada hari akhirat.

* Akibat Tidak Bersyukur Kepada Allah S.W.T

1. Allah S.W.T menarik balik nikmat yg diberi.
2. Individu dan masyarakat menjadi mundur.
3. Ditimpa kesempitan hidup.
4. Tidak dihormati oleh masyarakat.
5. Menerima azab di akhirat. 

* Adab ktk Ditimpa Musibah

1. Bersabar apabila anda menghadapi sebarang musibah.
2. Yakin dgn Kadar dan Qadar Allah S.W.T.
3. Berusaha  menyelesaikan masalah yg dihadapi.
4. Berfikiran positif terhadap perkara yg berlaku.
5. Beristiqfar memohon ampun kpd Allah S.W.T.
6. Berdoa dan bertawakal kpd Allah.

* Kelebihan Beradab ktk Ditimpa Musibah

1. Mendapat keampunan dan rahmat drpd Allah S.W.T.
2. Bertambah keimanan kpd Allah S.W.T.
3. Dihormati oleh masyarakat.

►Mengucapkan Alhamdulillah ktk menerima nikmat.
►Membaca 'Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiunn' apabila ditimpa musibah.