Thursday, April 28, 2011

Sirah dan Tamadun Islam : Saidina Omar b. al-Khattab R.A. Pentadbir yg Ulung

*Biodata

Nama : Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Keturunan : Bani A'di, kaum Quraish
Tarikh lahir : 584 Masihi, iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Tempat lahir : Mekkah al-Mukarramah
Jawatan : Kalifah yg kedua drpd Khufala' Ar-Rasyidin
Tarikh menjadi Khalifah : Hari Selasa 22 Jamadilakhir 13 Hijrah
Tempoh memerintah : 10 tahun 6 bulan
Tarikh wafat : bulan Zulhijjah - 23 Hijrah - usia 63 tahun
Sebab kewafatan : Dibunuh oleh hamba Majusy berbangsa Parsi yg bernama Fairuz (Abu Lu'ah)
Gelaran : al-Faruq (pemisah antara hak dgn batil)

*Saidina Umar Pahlawan yg Berani

1. Semasa jahiliah beliau diberi kepercayaan oleh kaum Quraish utk menentang dakwah Rasulullah S.A.W.
2. Namun begiu, ketika berusia 33 tahun beliau telah mendapat hidayah Allah dan memeluk Islam.
3. Beliau dgn berani mengishtiharkan keIslaman beliau tanpa getar.
4. Setelah Islam, beliau terkenal sebagai seorang yg berani menegakkan kebenaran contohya ketika beliau berhijrah ke Madinah.
5. Keberanian ini telah memberi kelebihan dan inspirasi kpd umat Islam utk berjihad.

☼Pembangunan Negara
  • Mengemas kini institusi Baitulmal.
  • Penerokaan kawasan² baru utk dijadikan tanah pertanian serta membina saliran air.
  • Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir.
  • Membina sekolah² utk mengajar dan mendidik anak² org yg baru memeluk Islam.
☼Dakwah
  • Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah baharu spt : -Mesir -Parsi -Rom.
  • Melantik gabenor di wilayah² baru tersebut bagi melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah.
  • Menghantar para ilmuan keserata tmpat utk menyebarkan dakwah.
☼Pentadbiran
  • Mengemas kini majlis Syura.
  • Mengasaskan jabatan² pentadbiran spt jabatan cukai dan harta, jabatan persuratan dan jabatan ketenteraan.
  • Memisahkan kuasa kehakiman drpd kuasa pentadbiran .
  • Mengasaskan undang² Hisbah.
  • Mengasaskan takwim Islam.
Maksud Hisbah
►Undang² dan peraturan di pasar spt adab sopan dlm berjual beli dan pengawasan timbangan.

=Kalau ada salah ke, apa² ke tolong beritahu atau komen =

Sekian Wasalam.

2 comments:

  1. hamboi...menarik..:))

    ReplyDelete
  2. wow.bgus bgus.thx 4 that info.blh i siapkn tuk presentation i.wakaka..

    ReplyDelete

Komen benda elok2 je. ^^