Wednesday, April 27, 2011

Hadis : Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama

*Tanggungjawab Mencegah Kemungkaran
1.  Kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan terhadap Allah S.W.T. atau kepada manusia dan alam sekitar.

2.  Umat Islam wajib mencegah kemungkaran dalam Islam.

*Cara Mencegah Kemungkaran

1. Mengubah dg Tangan
Mengubah kuasa yg ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing².

2. Mengubah dgn Lidah
Sekiranya seseorang itu tidak mampu mengubah dgn kuasanya, dia hendaklah mengubah dgn percakapan atau lisan iaitu dgn nasihat dan bimbingan yg baik.

3. Mengubah dgn Hati
Dgn cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran itu.
Mencegah dgn hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah utk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.

*Kesan TIDAK Mengikut Prinsip Dakwah yg BETUL.
1. Nama baik umat Islam tercemar.
2. Sasaran dakwah tidak boleh diterima kebenaran.

*Hikmah Tanggungjawab Setiap Muslim Mencegah Kemungkaran.

INDIVIDU
1. Menjamin kesejahteraan hidup.
2. Dpt memperbaiki sahsiah dan meningkatkan kualiti diri.

MASYARAKAT
1. Melahirkan masyarakat yg prihatin.
2. Melahirkan masyarakat yg berakhlak cemerlang.

NEGARA
1. Kegiatan ekonomi dpt ditingkatkan.
2. Negara aman dan damai.

=Kalau ada yg tersilap ke apa² ke... tolong komen =

Sekian wasalam.....

No comments:

Post a Comment

Komen benda elok2 je. ^^